Social Icons

Pages

Tuesday, March 31, 2009

TUGASAN KONSERT KEEMPAT

HEHEHHEHEHE...
LAGU SITI?
LAGU SITI?
ABG SIDI KENA NYANYI LAGU SITI?
WOWWWW...


OK..MINGGU NI ABG SIDI KENA NYANYI LAGU PEREMPUAN..
LAGU KU MILIKMU..-DATO' SITI NURHALIZA..
FUHH..MELETOPPP..

ape2 pun...mcm biasa ler...all the best...
korang ase...leh ker abang sidi nyanyi lagu siti ek?..
ape2 pun...kite saksikan konsert minggu ni..
mendebarrrrrkan...
caiyok..caiyokk..
original dari SIDI..



HAFIZ – Cinta Ini
AKIM – Destinasi Cinta
YAZID – Aku Cinta Padamu
QHAUD – Di Taman Teman
ARIL – Lakaran Kehidupan
SIDI – Kumilikmu



Sunday, March 29, 2009

KONSERT KE-TIGA

jom kita tgk persembahan dari SIDI .....








FUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH...
ALHAMDULILLAH.............
ABANG SIDI STILL DAPAT BERTAHAN DALAM AKADEMI..
ADEHH..
SERAMMM SEJUK DLM DEWAN TD..
HUHUHHUHUHU...
erm..
Alhamdulillah sangat-sangat..
seronok dpat tgk abg sidi..
terubat rindu..
ops...hehehehe..
erm...tak kisah ape juri cakap..
bagi sayaaa...
fuh shomel sidi ni..
hehhehe...
n bestttttttt...
heheheheheh..


Monday, March 23, 2009

TUGASAN KONSERT KETIGA

Assalamualaikum...
hehehehe..
baru jer lepas tgk diari AF..
diari yang pertama di minggu ke-3..
tugasan sudah di beri..
heheheh..
diorg kena main tikam..
maksudnya..diorang kena cabut..
CD NO 1- 7..
so...abang Sidi orang yang pertama kena buat cabutan tuh..
Abang Sidi pilih No-7..
maybe Sebab dia dapat AF7 kut..
hehehhe..
ermmmm..
kali ni Abang Sidi dapat Lagu..
HANYA DI RADIO-headwind..


Hanya di radio ku mendengar suaramu
Setiap kata aku menghayatinya
Dengan rasa cinta di hati
Bila engkau baca puisi

Siapa engkau yang bersuara emas
Bolehkah aku merayu kepada mu
Biar hanya sekejap waktu
Agar tercurah perasaan ku

( korus 1 )
Hanya di radio
Ku rasa perhubungan cinta
Beginilah rasa mesranya
Walau tiada paras dan rupa

( korus 2 )
Hanya di radio
Aku bayangkan diri mu itu
Secantik-cantik manusia
Dan semolek-molek pekerti

Tetapi sayang hanyalah di radio
Bilakah dapat kita bertentang mata
Agar bisa ku memastikan
Bahawa kau belum berpunya




hehehhehehe..
harap-harap.minggu ni abang sidi dapat buat yang terbaik..
lagu ni best tau..
buat yang paling terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkk..
originalll dari SIDI..
hehehehe..
luv u SIDI..
ops..terlebih sudah..


Sunday, March 22, 2009

KONSERT KE-DUA [21-MAR-2009]

Sidi (Selamat Ulangtahun Sayang (SUTS)/Kokoo)
Suara Sidi ada 'ketebalan' dan sedap untuk lagu balad seperti SUTS. perbezaan suara Sidi dan penyanyi asal makes this song sounded really good coming from him. Tapi lagu kedua memang tak sesuai langsung. Not just for his vocal but for his personality. Langsung tak sesuai! I nak cakap sikit to those people yang pilihkan lagu untuk para pelajar. Kalau nak bagi variety atau nak uji sekali pun, pleaselah pilih yang sesuai dengan pelajar. Banyak cara yang boleh dibuat even kalau nak bagi lagu Kokoo for Sidi. You can at least change the arrangement to suit his vocal ability and his personality. Aparah. Kesian kat Sidi yang nampak langsung tak kena atas stage dengan 2nd song.

22-Mar-2009 | Oleh: Badrul Hashim
(murai.com.my)



Ketujuh, kita punyai Sidi. Medley beliau SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG/KUKOO. He looked better than last week! Delivery masih boleh diperbaiki. Lagu Kukoo nampaknya a bit tough untuk Sidi keep up the tempo. And he should NOT have tried to scat! Scatting, yang lebih complicated dari adlibbing, dilahirkan dari dunia Jazz berdekad-dekad yang lalu.

22-Mar-2009 | Oleh: Kudsia Kahar(murai.com.my)




SIDI
Selamat Ulang Tahun/Kukoo
Rating : **
While Sidi cam bebudak lain ada improvement, dia lebih jauh tertinggal. Tatau la kalao dia bagi spuluh tiang bagi bebudak lain can sikit sebelom nak pintas, but I think at this point, his improvement walau ada, yang paling slow berbanding saingan lain kat dalam Akademi.
He did better in the start despite having a brush with tempo issues.
Given that Kukoo was a tough song, I think he so underperformed and has so many issues with his performance.
But since dia tetap ada improvement, let's hope it gets better next week.

-klubbkidd-Sunday, March 22, 2009

-----------------------------------------------------------------------------------------------
adoyai...
bestnye lagu selamat ulang tahun sayang...
(mujur bukan utk me..)..
hehehhee..
kalau tk msti menangis..


adoyai...
lagu kukoo..
best..
comelnya abang sidi menari..
heheeh...
tak kira le ape komen pngkritik..
we olwez love u..
caiyok..
caiyok...

PENGORBANAN SEORANG ISTERI

22-Mar-2009 | Oleh: Razif Rosdi

Isteri Sidi Terpaksa Berhenti Kerja




Teks oleh Razif Rosdi


Tanpa kasih dan pengorbanan seorang isteri, nescaya Mohd Rashidi Mohamad Isa, 27, atau Sidi, boleh rebah. Itulah yang dirasakan oleh penulis apabila menghubungi isteri Sidi iaitu Nurul Fairuz Ahmad, 24. Mereka yang baru mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2008 terpaksa berpisah buat sementara demi memberi laluan kepada Sidi untuk memburu cita-cita dalam Akademi Fantasia 7 (AF7).


Lebih daripada itu, dalam perkembangan terbaru, Nurul Fairuz terpaksa berhenti kerja dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan kepada suaminya itu.


Jom ikuti temubual eksklusif murai.com.my bersama Nurul yang kini menetap di Puchong bersama Opah Sidi.



MURAI: Apa khabar? Macam mana keadaan Nurul sekarang?

NURUL: Alhamdulillah, saya sihat. Cuma sekarang, Nurul mula rindu sangat pada Sidi.


MURAI: Bagaimana reaksi Nurul selepas melihat prestasi Sidi di konsert pertama dan Diari AF7?

NURUL: Saya terkejut dan makin sayang dengan Sidi. Saya syukur sangat tengok perangai Sidi yang tidak buat apa-apa yang menyinggung perasaan saya. Malah saya terharu apabila tengok Sidi cakap dia rindukan saya.


MURAI: Komen Nurul tentang persembahan Sidi?
NURUL: Apa yang saya harap, dia boleh buat yang terbaik untuk minggu seterusnya. Tapi, saya tahu Sidi terlalu gugup, tak seperti selalunya. Sidi memang cepat gementar. Saya risau juga dan kalau boleh, biar dia bersemangat lagi.


MURAI: Jadi Sidi belum berikan yang terbaik atau all out?

NURUL: Ya, betul. Saya hairan juga kenapa suara dia dengar lain dan tak keluar habis. Ramai juga kawan-kawan Sidi cakap benda yang sama dan mereka kecewa melihat corak persembahannya pada konsert pertama.


MURAI: Selain suara apa lagi yang beza?

NURUL: Saya juga hairan tengok Sidi. Tak tahulah kenapa dia jadi pendiam dalam Diari AF. Kalau nak tahu, Sidi ni jenis happy go lucky orangnya. Dia juga suka menghiburkan hati orang lain. Mungkin Sidi perlukan masa untuk sesuaikan diri di dalam AF7.


MURAI: Setakat ini, ada komen peminat yang membuatkan Nurul dan keluarga tersinggung?

NURUL: Saya terkejut juga dengan apa yang mereka cakap pasal Sidi. Ada perkara yang tidak betul tapi saya dan keluarga lebih tahu peribadi Sidi yang sebenar. Dia tidak pernah berpisah pun dari keluarga. Pun begitu, setakat ini komen-komen itu tidaklah mengecewakan sangat.


MURAI: Kalau tak keberatan, boleh ceritakan macam mana Nurul kenal Sidi?

NURUL: Terus terang, saya mula kenal Sidi melalui Internet iaitu dalam Chat Room Perak Satu. Tidak sangka ia akhirnya membawa kami ke jinjang pelamin.


MURAI: Betul ke Sidi sudah lama popular dan ada ramai peminat dalam chat room?

NURUL: Sebenarnya, Sidi selalu aktif dalam chat room Malaysia Satu. Dalam chat room ini, ramai chatters suka menyanyi dan Sidi antara yang paling banyak dapat permintaan untuk menyanyi.


MURAI: Apa nama glamor Sidi di internet?
NURUL: Muk_Killax. Atau orang lebih selesa dengan panggilan Muk.


MURAI: Bagaimana dengan pekerjaan Nurul sekarang?

NURUL: Sebenarnya saya sudah tidak bekerja lagi di tempat lama iaitu di Manjong, Perak dan sekarang tinggal dengan Opah Sidi di Puchong.


MURAI: Kenapa berhenti?

NURUL: Sebelum ini kami tinggal berdua tinggal di Manjong. Jadi, kalau saya terus kerja, saya nak tinggal dengan siapa. Lagi pun, saya ke KL sebab mahu beri sokongan kepada suami saya.


MURAI: Apa bentuk sokongan Nurul?

NURUL: Selain seronok menjaga Opah, pada masa yang sama, saya selalu melihat perkembangan Sidi di TV dan Internet. Saya dan adik Sidi baru saja buatkan blog kelab peminat Sidi.


MURAI: Bagaimana Sidi kalau di rumah?
NURUL: Sidi seorang yang penyayang. Dia pandai memasak, lebih-lebih lagi Asam Pedas. Apabila dia dah suka sesuatu makanan di mana-mana restoran yang dikunjungi, balik rumah, dia mesti nak cuba resipi itu. Sidi juga suka rumah yang tersusun kemas.





erk...
hehehhehe...
thank u murai.com.my
erm...
ape2 pun...
harap abang sidi berjaya..
sanggup wat ape saja untuk tgk suami bahagia..
amin...



Thursday, March 19, 2009

TUGASAN KONSERT KEDUA..

Tugasan Minggu Kedua AF7
Minggu ni pelajar dikehendaki menyanyikan 2 buah lagu setiap seorang...cabaran besar tuu...hopefully dowg dpt carry out dgn baik...

PELAJAR LELAKI

YAZID – Lelaki ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)
ARIL – Benar-Benar (Adam) + Robot (Adam)
QHAUD – Bila Nak Saksi (Spider) + Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad)
OBRI – Akan Tiba (Aliff) + Ada Untukmu (Nubhan)
Hafiz – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)
AKIM – Satu (Dewa 19) + Buronan Cinta (The Lima)


PELAJAR WANITA

RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)
CLAUDIA – Kumahu (Siti Nurhaliza) + Wanita (Siti Nurhaliza)
ADILA – Merawat Luka Terpendam (Liza Hanim) + Asyik (Amelina)
AISHAH – Coba (Faizal Tahir) + Gila (Mila)
ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)
RINI – Aku Sindarela (Amylea) + Kiblatku (Hazami)
ISMA – Jat Da Da Da (Dia Fadilla) + Hello (Farah Asyikin)




ADUH...LAGU ABANG SIDI ...LAGU APE TUH EK...Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad)
MINGGU NI SEMUA KENA MeDLEY..
HARAP2 ABANG SIDI DAPAT BUAT YANG TERBAIK..
INSYAALLAH...

LUV u ABANG SIDI...
we aLL... olwez support U...



KONSERT PERTAMA [14-MAR-2009]










erm..KONSERT PERTAMA?..
erk..Alhamdulillah...BEst gak ler..
tapi sian abang sidi..Macam gugup..
kenapa ni..?
takpe abg sidi..
kami doakan konsert ke dua abg sidi boleh atasi kegugupan tuh..
caiyok..caiyok..
lantakkkk situuuu~
all the BEst Dear...


p/s: tak sabar nk tnggu konsert ke-2..



SAMA TAPI TAK SERUPA?



Sidi

Jejaka Ipoh Mali ini sudah berumah tangga. Dia dilihat seperti pelajar AF5 iaitu Farha dari susuk tubuhnya yang tinggi lampai itu. Bagaimanapun, raut wajah Sidi ada persamaan dengan pelakon popular, Zamarul Hisham.


erk...tul ker?tah..bagi aku tak serupa pun..hehehhe...sbb,sidi ni rupe dia unik sikit...comel pun ade..ape2 pun we all tk kisah rupa macam sape pun..yang penting dia SIDI...hehhehe..dan semoga dia dapat lakukan yang terbaik dalam af..
CAIYOK...CAIYOK...

LANTAK SITUUUUU..
hehehheh~


TOP 14


8 MAC 2009: Selepas menjalani ujian khas yang ditetapkan, hanya 14 orang sahaja pelajar terbaik daripada Top 20 calon pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7) akan berentap selama 10 minggu.

Sidi satu-satunya pelajar dari Perak pula mampu menandingi pelajar yang masih bujang.

hehehehe..

tahniah abang sidi..

dapat top 14..

caiyok..caiyok...

afundi sidi...

afundi sidi..




Monday, March 16, 2009

CALON-CALON PELAJAR AF7

3 MAC 2009: Transformasi telah berlaku dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) apabila nama 20 calon pelajarnya telah diumumkan hari ini,

SHIDI: "Tiap-tiap tahun saya dah pergi uji bakat dan banyak kali juga lsampai stage ke-4. Tak sangka pula selepas berumahtangga, barulah saya dapat. Terima kasih Astro."


Senarai 10 calon pelajar lelaki

1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)
2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah)
3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)
6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).


Senarai 10 calon pelajar perempuan

1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah)
2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah)
6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)




p/s : ape2 pun....sidi the best...


AFUNDI SIDI KE 32999



Nama Penuh :
Mohd Rashidi bin Mohamad Isa

Nama Manja :
Shidi

Umur:
26 Tahun

Tarikh Lahir :
23 September 1982

Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Berkahwin

Asal
Perak

Tinggi
184cm

Berat
80kg

Hobi
Menyanyi

Pengalaman bidang hiburan
Saya tidak pernah berjaya untuk menyertai sebarang rancangan realiti tv.

Penyanyi Idola
Faizal Tahir

Impian
menjadi artis yang serba boleh.

Adik-beradik
Sulung daripada lima beradik

Deskripsi: AF merupakan rancangan realiti tv pertama yang disertainya. Tidak pernah berputus asa dengan kegagalan sebelum ini. Mempunyai semangat dan keyakinan yang begitu tinggi dan sentiasa berusaha mencapai segala yang diimpikan

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi.
Kali pertama saya menyertai pertandingan nyanyian ialah anjuran Kelab Taekwando pada tahun 1993 dan muncul juara di pertandingan tersebut.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Saya boleh berlakon, mendeklamasi puisi, menggubah lagu dan berdeejay.

Apakah matlamat hidup anda?
Saya ingin berjaya dalam hidup di samping membantu keluarga dan membangunkan industry seni tanah air.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Mawi dan Riz

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Ketika saya kalah di dalam pertandingan nyanyian serta dikutuk oleh kawan-kawan yang mengharapkan kemenangan.

Apakah saat yang paling menggembirakan hidup anda?
Sudah tentu apabila saya terpilih untuk calon pelajar AF 7 musim ini dan disokong oleh keluarga dan isteri tercinta.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda mengalami?
Masalah bahasa ketika bekerja.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Pengalaman manis ialah sewaktu melangsungkan perkahwinan dan terpilih menjadi calon AF7. Pengalaman pahit ialah terpaksa meninggalkan isteri, keluarga dan Rakan-rakan dalam tempoh saya di akademi.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007 – 2008.
Pilihan raya umun, Syed Muzaffar telah berjaya menawan bulan dan angkasa lepas yakni orang Malaysia pertama yang pernah ke angkasa lepas, dan perkahwinan Mawi dan Ekin.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia?
Saya akan meneruskan kehidupan saya dengan kembali bertugas dan akan mencipta lebih banyak lagi lagu sambil meratapi atas tidak dipilih untuk menjadi pelajar AF7.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Sudah tentu saya akan memberhentikan peperangan di Gaza, Palestin.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Jika suara saya diambil kira, saya akan memperbanyakkan lagu ciptaan dengan kerjasama dari Rakan Indonesia saya dari YM kerana bakat dan anugerah yang diberi mampu mencipta revolusi muzik yang baru, Insyaallah.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama (1 sahaja). Kenapa.
Isteri kerana isteri saya dah tinggal lama di bumi. Sudah tiba masanya untuk kami melancong di bulan bersama-sama.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya. Kenapa?
Saya meminati kucing. Namanya yang akan diberi ialah Jibu kerana kucing itu comel.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Saya ingin menjadi singa kerana ngaumannya sudah boleh membuatkan seluruh hutan buana terdiam.

Sebutkan tiga asset yang ada pada diri anda.
Tinggi
Hensem sikit
Suara yang merdu. hehehehe



 

Sample text

Sample Text

Sample Text

Assalamualaikum.

Kepada semua peminat-peminat SIDI dan juga penyokong-penyokong SIDI FC, saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog SIDI FC dan juga ke dalam keluarga SIDI FC. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang setia menyokong SIDI FC dan juga kerjaya beliau mengharungi hari-hari beliau sebagai seorang seniman.

Di sini saya ingin memberitahu kepada semua bahawa SIDI FC sedang mencorak satu bentuk komuniti agar semua ahli-ahli akan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Justeru itu kami sedang menyusun beberapa rancangan mengadakan aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi khas buat semua penyokong-penyokong SIDI FC.

Saya juga amat mengalu-alukan idea-idea mahupun cadangan dari semua agar dapat kami simpulkan bagi memenuhi kepuasan semua pihak. Di harap dengan adanya cadangan-cadangan dari anda semua dapat mengukuhkan lagi SIDI FC ini.

Akhir kata dari saya, semoga SIDI FC akan menjadi pemangkin kepada kejayaan beliau sendiri sebagai seorang anak seni di negara ini disamping dapat mencorakkan lagi industri muzik di tanah air.

Wassalam.

President SIDI FC

P/S: KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN KEPADA SEMUA UNTUK MENGHANTARKAN EMAIL RASMI KEPADA -
sidi.af7fc@yahoo.com UNTUK MENG'EMAIL'KAN BUTIRAN-BUTIRAN ANDA [NAMA,ALAMAT,NO-TEL,DAN TARIKH LAHIR,] AGAR MUDAH KAMI MENGHUBUNGI SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG AKTIVITI KEPADA YANG BERMINAT..tHANk U..