Social Icons

Pages

Monday, March 16, 2009

AFUNDI SIDI KE 32999



Nama Penuh :
Mohd Rashidi bin Mohamad Isa

Nama Manja :
Shidi

Umur:
26 Tahun

Tarikh Lahir :
23 September 1982

Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Berkahwin

Asal
Perak

Tinggi
184cm

Berat
80kg

Hobi
Menyanyi

Pengalaman bidang hiburan
Saya tidak pernah berjaya untuk menyertai sebarang rancangan realiti tv.

Penyanyi Idola
Faizal Tahir

Impian
menjadi artis yang serba boleh.

Adik-beradik
Sulung daripada lima beradik

Deskripsi: AF merupakan rancangan realiti tv pertama yang disertainya. Tidak pernah berputus asa dengan kegagalan sebelum ini. Mempunyai semangat dan keyakinan yang begitu tinggi dan sentiasa berusaha mencapai segala yang diimpikan

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi.
Kali pertama saya menyertai pertandingan nyanyian ialah anjuran Kelab Taekwando pada tahun 1993 dan muncul juara di pertandingan tersebut.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Saya boleh berlakon, mendeklamasi puisi, menggubah lagu dan berdeejay.

Apakah matlamat hidup anda?
Saya ingin berjaya dalam hidup di samping membantu keluarga dan membangunkan industry seni tanah air.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Mawi dan Riz

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Ketika saya kalah di dalam pertandingan nyanyian serta dikutuk oleh kawan-kawan yang mengharapkan kemenangan.

Apakah saat yang paling menggembirakan hidup anda?
Sudah tentu apabila saya terpilih untuk calon pelajar AF 7 musim ini dan disokong oleh keluarga dan isteri tercinta.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda mengalami?
Masalah bahasa ketika bekerja.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Pengalaman manis ialah sewaktu melangsungkan perkahwinan dan terpilih menjadi calon AF7. Pengalaman pahit ialah terpaksa meninggalkan isteri, keluarga dan Rakan-rakan dalam tempoh saya di akademi.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007 – 2008.
Pilihan raya umun, Syed Muzaffar telah berjaya menawan bulan dan angkasa lepas yakni orang Malaysia pertama yang pernah ke angkasa lepas, dan perkahwinan Mawi dan Ekin.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia?
Saya akan meneruskan kehidupan saya dengan kembali bertugas dan akan mencipta lebih banyak lagi lagu sambil meratapi atas tidak dipilih untuk menjadi pelajar AF7.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Sudah tentu saya akan memberhentikan peperangan di Gaza, Palestin.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Jika suara saya diambil kira, saya akan memperbanyakkan lagu ciptaan dengan kerjasama dari Rakan Indonesia saya dari YM kerana bakat dan anugerah yang diberi mampu mencipta revolusi muzik yang baru, Insyaallah.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama (1 sahaja). Kenapa.
Isteri kerana isteri saya dah tinggal lama di bumi. Sudah tiba masanya untuk kami melancong di bulan bersama-sama.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya. Kenapa?
Saya meminati kucing. Namanya yang akan diberi ialah Jibu kerana kucing itu comel.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Saya ingin menjadi singa kerana ngaumannya sudah boleh membuatkan seluruh hutan buana terdiam.

Sebutkan tiga asset yang ada pada diri anda.
Tinggi
Hensem sikit
Suara yang merdu. hehehehe



0 LuaHan Hati Mereka:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

Assalamualaikum.

Kepada semua peminat-peminat SIDI dan juga penyokong-penyokong SIDI FC, saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog SIDI FC dan juga ke dalam keluarga SIDI FC. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang setia menyokong SIDI FC dan juga kerjaya beliau mengharungi hari-hari beliau sebagai seorang seniman.

Di sini saya ingin memberitahu kepada semua bahawa SIDI FC sedang mencorak satu bentuk komuniti agar semua ahli-ahli akan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Justeru itu kami sedang menyusun beberapa rancangan mengadakan aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi khas buat semua penyokong-penyokong SIDI FC.

Saya juga amat mengalu-alukan idea-idea mahupun cadangan dari semua agar dapat kami simpulkan bagi memenuhi kepuasan semua pihak. Di harap dengan adanya cadangan-cadangan dari anda semua dapat mengukuhkan lagi SIDI FC ini.

Akhir kata dari saya, semoga SIDI FC akan menjadi pemangkin kepada kejayaan beliau sendiri sebagai seorang anak seni di negara ini disamping dapat mencorakkan lagi industri muzik di tanah air.

Wassalam.

President SIDI FC

P/S: KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN KEPADA SEMUA UNTUK MENGHANTARKAN EMAIL RASMI KEPADA -
sidi.af7fc@yahoo.com UNTUK MENG'EMAIL'KAN BUTIRAN-BUTIRAN ANDA [NAMA,ALAMAT,NO-TEL,DAN TARIKH LAHIR,] AGAR MUDAH KAMI MENGHUBUNGI SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG AKTIVITI KEPADA YANG BERMINAT..tHANk U..