Social Icons

Pages

Friday, April 10, 2009

R0CK GLAM KUASAI PENTAS AF7






Sidi
Ketinggiannya memberikan kelebihannya untuk nampak hebat dalam apa juga situasi. Paling mahal ialah rambutnya.
[heheheheh...]


Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos


Konsert minggu ke-4 yang lalu, memperlihatkan pertembungan 2 tema fesyen yang berbeza. Pertamanya glam rock yang diserlahkan oleh 5 pelajar wanita sesuai dengan lagu-lagu rock nyanyian ikon rock negara, Amy Search. Keduanya, pop yang dipelbagaikan oleh pelajar-pelajar lelaki bersama alunan irama pop rancak Dato' Siti Nurhaliza.

Suka saya menyentuh mengenai tata rias dan penggayaan pelajar wanita terlebih dahulu yang nampaknya agak serasi dengan penyerapan imej glam rock pada malam berkenaan.

Apa yang pasti, jaket kulit, but dan pemilihan fabrik berona gelap bagaikan menberi nyawa kepada penampilan mereka. Itu sudah menjadi kemestian kerana dalam apa juga situasi, 3 elemen itu adalah antara resipi penting untuk tampak rock.



Gabungan warna lain seperti biru iaitu pada pakaian Isma dan merah (Zizi) menampakkan keserasian kepada si pemakai, malah kebijaksanaan kepada jurugaya pasukan wardrobe minggu ini.

Keterampilan Claudia tampak sempurna dengan pemilihan top hitam labuh dan mengurai. Mungkinkah insiprasi ini diperolehi daripada kunjungan penyanyi Anggun di pentas AF7 minggu ke-3 yang lalu?

Cuma ingin saya menyentuh dengan penampilan Aishah yang tidak kena gaya. Takkan kerana fizikalnya yang kecil dijadikan alasan? Pemilihan kemeja-T labuh yang dihiasi dengan tali pinggang longgar, boleh dijadikan jalan selamat.

Bagaimanapun, tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang penggayaan fesyen pelajar lelaki. Sekali lagi jalan selamat diambil.

Jaket dan seluar denim (kecuali Aril) menjadi kemestian dalam teknik penggayaan mereka di atas pentas. Walaupun hakikatnya lagu yang mereka dendangkan adalah seleksi pop alunan asal Datuk Siti.

Di mana letak popnya? Bukankah perkataan pop itu sendiri datang dari seniman legenda dunia Andy Warhol. Jadi alangkah lebih baik kalau dapat dipelbagaikan lagi untuk melayakkan mereka bergelar pop star suati hari nanti.


Pakaian Terbaik: Jaket bercorak yang dipakai Sidi berjaya menyerlahkan penampilannya. Kombinasi kemeja biru dan kemasan rambutnya yang disisir kemas, memang sesuai dengan imejnya.
..


0 LuaHan Hati Mereka:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

Assalamualaikum.

Kepada semua peminat-peminat SIDI dan juga penyokong-penyokong SIDI FC, saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog SIDI FC dan juga ke dalam keluarga SIDI FC. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang setia menyokong SIDI FC dan juga kerjaya beliau mengharungi hari-hari beliau sebagai seorang seniman.

Di sini saya ingin memberitahu kepada semua bahawa SIDI FC sedang mencorak satu bentuk komuniti agar semua ahli-ahli akan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Justeru itu kami sedang menyusun beberapa rancangan mengadakan aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi khas buat semua penyokong-penyokong SIDI FC.

Saya juga amat mengalu-alukan idea-idea mahupun cadangan dari semua agar dapat kami simpulkan bagi memenuhi kepuasan semua pihak. Di harap dengan adanya cadangan-cadangan dari anda semua dapat mengukuhkan lagi SIDI FC ini.

Akhir kata dari saya, semoga SIDI FC akan menjadi pemangkin kepada kejayaan beliau sendiri sebagai seorang anak seni di negara ini disamping dapat mencorakkan lagi industri muzik di tanah air.

Wassalam.

President SIDI FC

P/S: KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN KEPADA SEMUA UNTUK MENGHANTARKAN EMAIL RASMI KEPADA -
sidi.af7fc@yahoo.com UNTUK MENG'EMAIL'KAN BUTIRAN-BUTIRAN ANDA [NAMA,ALAMAT,NO-TEL,DAN TARIKH LAHIR,] AGAR MUDAH KAMI MENGHUBUNGI SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG AKTIVITI KEPADA YANG BERMINAT..tHANk U..