Social Icons

Pages

Monday, April 13, 2009

SIDI TEWAS...

11-Apr-2009 | Oleh: Razif Rosdi

Sidi Tewas, Mangsa SMS Tercorot!



Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos



KUALA LUMPUR, 11 APRIL 2009: Akhirnya selepas berjuang selama 5 minggu dalam Akademi Fantasia 7 (AF7), Sidi atau nama sebenarnya, Mohd Rashidi Mohamad Isa, 27, terpaksa akur dengan keputusan Afundi SMS yang tidak berpihak kepadanya malam tadi.

Beliau yang mendendangkan lagu Cinta Yang Sempurna berduet dengan Zahid AF2, gagal memikat hati penonton walaupun sudah bertungkus-lumus memperbaiki kelemahannya setiap kali melakukan persembahan.

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) itu menampilkan kelainan apabila buat julung kalinya memberi peluang kepada pelajar berduet dengan bintang Akademi Fantasia (AF) seperti Vince, Zahid, Mila, Farah, Marsha, Yazer dan Heliza.

Acara yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil itu menyaksikan pelajar Claudia berduet dengan Vince dalam lagu Kau Muzik Di Hatiku (Jacyln Victor & Vince), Aishah & Aliff Aziz (Dua Hati Menjadi Satu/ Gita Gutawa & Dafi), Isma & Zul 2 By 2 (Kau Mawarku/ Dato' Siti Nurhaliza & 2 By 2).

Manakala persembahan pelajar lelaki pula ialah Yazid yang berpadu suara dengan Yazer dalam lagu Terharu (Jamal Abdillah & Mawi), Aril & Marsha (Aku Dan Dirimu/ Ari Lasso & Bunga Citra Lestari), Qhaud & Heliza (Dibius Cinta/Yusry & Melly Goeslow), Hafiz & Mila (Terlanjur Cinta / Rossa & Pasha Ungu) serta Akim & Farah (Jika Kau Tiada/Erra Fazira & Yusry).

Sementara itu, selain persembahan individu, setiap pelajar turut bergabung tenaga dengan persembahan pembukaan yang mendendangkan lagu Lucky nyanyian asal Jason Mraz dan Colbie Caillat.

Dengan penyingkiran Sidi bermakna tinggal 8 lagi pelajar yang akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7. Pengkritik yang bertugas minggu ini adalah Edrie Hashim dan Dato' Khatijah Ibrahim manakala Adlin Aman Ramlie pula terbabit sebagai hos Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 di Genting Highlands dan digantikan dengan penyanyi handalan, Adibah Noor.

Konsert malam tadi juga menampilkan transformasi baru apabila pentas ditambahi bebola seperti molekul di atas pentas. Pun begitu, cara penyampaian pula kembali seperti AF musim lepas apabila tiada lagi montaj promo pelajar tetapi AC Mizal beramah mesra dengan pelajar sebelum nyanyian.

Di samping itu, tarian dan nyanyian lagu Menuju Puncak kembali dinyanyikan pelajar terbabit pada akhir konsert.




0 LuaHan Hati Mereka:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

Assalamualaikum.

Kepada semua peminat-peminat SIDI dan juga penyokong-penyokong SIDI FC, saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog SIDI FC dan juga ke dalam keluarga SIDI FC. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang setia menyokong SIDI FC dan juga kerjaya beliau mengharungi hari-hari beliau sebagai seorang seniman.

Di sini saya ingin memberitahu kepada semua bahawa SIDI FC sedang mencorak satu bentuk komuniti agar semua ahli-ahli akan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Justeru itu kami sedang menyusun beberapa rancangan mengadakan aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi khas buat semua penyokong-penyokong SIDI FC.

Saya juga amat mengalu-alukan idea-idea mahupun cadangan dari semua agar dapat kami simpulkan bagi memenuhi kepuasan semua pihak. Di harap dengan adanya cadangan-cadangan dari anda semua dapat mengukuhkan lagi SIDI FC ini.

Akhir kata dari saya, semoga SIDI FC akan menjadi pemangkin kepada kejayaan beliau sendiri sebagai seorang anak seni di negara ini disamping dapat mencorakkan lagi industri muzik di tanah air.

Wassalam.

President SIDI FC

P/S: KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN KEPADA SEMUA UNTUK MENGHANTARKAN EMAIL RASMI KEPADA -
sidi.af7fc@yahoo.com UNTUK MENG'EMAIL'KAN BUTIRAN-BUTIRAN ANDA [NAMA,ALAMAT,NO-TEL,DAN TARIKH LAHIR,] AGAR MUDAH KAMI MENGHUBUNGI SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG AKTIVITI KEPADA YANG BERMINAT..tHANk U..