Social Icons

Pages

Wednesday, August 25, 2010

POPIA SIMPUL KASIH SIDI AF7

.CEPAT ORDER SEBELUM TERLAMBAT..=)

Popia Simpul Kasih 300 gm - Rm 10/ sebotol 500 gm - Rm 15 1 kg - Rm 30 **TDAK TERMASUK POSTAGE** ******serunding daging. *******NESTUM (BARU) ~~Free Delivery~~ kuala terengganu Only.. Popia Simpul Kasih Sidi AF7 KEMBALI LAGI...Handmade By Sidi AF7 and Co











Friday, July 30, 2010

:006: Assalamualaikum wbt ...salam satu malaysia....

korang Bz tak Malam ni??...
Kalau tak Bz.... ape kate korang join sidi n rakan-rakan...


Jom bersama-sama sidi dan rakan-rakan malam ni

di "HERITAGE JAMM ON 2010"

9pm di Glassy Heritage Row KL...

Moh ler kite....:)

:006: Assalamualaikum wbt ...salam satu malaysia....

korang Bz tak Malam ni??...
Kalau tak Bz.... ape kate korang join sidi n rakan-rakan...


Jom bersama-sama sidi dan rakan-rakan malam ni

di "HERITAGE JAMM ON 2010"

9pm di Glassy Heritage Row KL...

Moh ler kite....:)

Sunday, July 11, 2010


bola..bola..bola...wah..dah nak final dah...hehehe.....ape2 pun..team best2 semua nye....smlm germany menang tmpat-3...lawan uruguay.....
esok belanda vs spain..wahh..best...

go go oranje...hehehe..



Saturday, July 10, 2010

UPDATE~~~UPDATE ~~~SORY LAME TAK UPDATE...Huhuhu...Bz sangat2...tak tau nak ckp camne..hehehe..ape2 pun....we love sidi..hehehe..sory abg sidi...tk sempat nk update blog ni...adeh..da ler aktiviti abg sidi bykkkk....pecah pale aku nnti ni..hahahha..ape2 pun aku akan cube update sikit2..insyaAllah..


then..mcm korang tau...abg sidi selalu update@ facebook..yang dia ade di trganu..yup itu benar...heheh..dia skrg stay kt trganu...bisnes kedai makan kt sane..dia masak...besttt..yummy..heheh..ayam percik..ikan bakar cicah air asam...paru masak berlada...erm..ape ag ek..byk gak ...aku dh lupe..heheh..ape2 pun..kalau korang teringin nak makan masakan sidi...jom le kite semua ker a.wang kedai makan @pengadang baru..heheheh..

Thursday, December 10, 2009




Undilah lagu ADDA nyanyian SIDI AF7.

sms SURIA INTRO ADDA dan hantar ke 33988


ADDA -SIDI ISA (AF 7)

aku di sini...
hanya untuk Dirimu...
dan ku tak kan pernah...
biar kau terluka....
kita berjanji..
untuk hidup semati...
kisah cinta kita...
abadi selamanya..
ooooooo...

aku takkan berubah...
aku takkan berdusta..
aku akan setia cintaku hanya untukmu..
aku akan selalu..
menjaga mu disini...
aku ada hanyalah dirimu..










Alhamdulillah....
Bowling dah pun di jayakan dengan lancar dan Seronokkk..
terima kasih pada yang sudi join..
korang Memang Best....
Di sini saya Sertakan gambar bowling yg best tu..
Arap2 sidi fc ade Program yg best di masa akan Datang..
InsyaAllah.....


Wednesday, November 11, 2009

" JoM BOWLING"

“FB TENPIN BOWLING FRIENDLY"


Anjuran Sidi Fc & Geng Sengetz...

Tarikh : 05/12/2009

Tempat : Sunway Mega Lane, Sunway Pyramid

Masa : 3.00 Petang

Penyertaan : RM 38 seorang –Bowling (3frames) 1 team (4orang), Baju dan Cenderahati....


Sebarang pertanyaan dan keterangan lebih lanjut sila hubungi nisha (012-7974500).SERTAILAH SEKARANG...SAMBIL BERSUKAN KITA BERAMAH MESRA..

Tuesday, October 20, 2009

Game Show 'Mandi'..Astro WarNa.

Ohya..BAru2 ni Abang Sidi masuk Game show'mandi' kat Finas..
Rancangan Baru Di astro Warna...
host dia 'Din Beramboi' pengacara kegemaran abang Sidi..
Best Gilew....
Dorang main Air..
hari tu ade 4 peserta..
[mama Rina Af][Faisal Af][abg Sidi] & [Man]
ape2 pun tunggu jer bulan 12 ni..InsyaAllah..
bawah ni ade saya serta kan gambar..
tp tk berape clear..
sbb dlm tu golap sikit..heheh.
.

Freeze 17 Degree Celsius @ Genting





PhotosHoot KAt Genting...
Untuk Cover ALbuM SingLe...




Monday, October 19, 2009

UpDate...

MaaF...
Di sini saya Nak Update Pic2 abang Sidi yang dulo2...
hehehe..sory b'coz...lambat Update...
Ini Program Astro SebeLum Raya...

ok kita start ngan reunion AF7 di KuchinG Sarawak...
JULAI 2009..
Sian Abang Sidi TiMe ni dia Demam Teruk...
tapi Dia kuatkan Diri Untuk peminat AF7 kat sarawak.....
Dia time tu nyanyi lagu 'HAnya Di Radio' Duet ngan Claudia ...
sian lak tgk dia..dah tak keluar suara time tu..
ape2 pun..ur the best abang SiDi...hehehe..



--------------------------------------------------------------------------------------------
.
Pas Balik Dari reuNion Kat KucHing tu...
JULY2009..
Dorang Trus ker MeLaka Untuk Recording Raya Kampung KiLang Berapi...
Best Kan Cite Dorang..
leh tgk kat Youtube..
hehehe...
Time tu Abang Sidi jadi samseng KeLapa..hehehe..
LAwak Gilew...

---------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, October 18, 2009

ALHAMDULILLAH....

AlHamDuLillah....
Akhirnya Siap Gak Lagu Single Sidi..
tajuk dia Adda...yang saya tau.
Tajuk Adda ni mengisahkan seorang gadis yang bernama ADDa..
tak tau ler addawiyah ker..
shuhadda ker..tak pasti lak..
ape2 pun tunggu jer penjelasan dari abang Sidi Nanti..
hehe...sabarrr...

Di bawah ni saya serta kan Single pertama Sidi..
tapi bukan full song..nanti kalau dah di beri kebenaran..
saya uploadkan full version ek...
ape2 pun..sokong ler kerjaya sidi..



Saturday, October 17, 2009

:bye:Assalamualaikum....W.B.t

Maaf Zahir dan Batin di Pinta kepada blogger dan peminat-peminat Sidi...
dah lama rasenye tak update blog ni...
maaf..Bz sangat...dan tak bersempatan nak meng'update'..
maaf Sangat..
Rasa banyak sangat cite-citepasal abg SiDi...
tapi Saya Akan cuba Update Slow-Slow..hehehe...

maaf sangat-sangat...
InsyaAllah.saya akan cuba mng'update' ape yang patut...
:err:

Monday, May 4, 2009

TREK SELEBRITI



* trek selebriti sidi telah pun di siarkan..pada 30/4/09..terima kasih pada semua yang terlibat...secara langsung mahu pun secara tidak langsung...terus kan menyokong SIDI..terutamanya kawan-kawan yang menjayakan..
♥ and special Thank's to LORD DRAG...for the arrangement at manjung..TQ bro...





Friday, April 24, 2009

SIDI POPULAR SEBAGAI PENYANYI ONLINE


KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2009: Semangat Mohd Rashidi Mohamad Isa atau Sidi terus kental walaupun dia tidak berjaya meneruskan perjuangan untuk bergelar juara Akademi Fantasia 7 (AF7).

Malah, Sidi yang lebih popular di alam maya menerusi namanya Muk_Killax akan terus menjadi penghibur di laman sesawang kerana ia dianggap sebagai medium baru untuk memperoleh pendapatan.

Ketika ditemui sewaktu lawatannya ke pejabat murai.com.my, baru-baru ini Sidi berkata kekecewaan sebagai pelajar AF7 tidak akan menghalangnya untuk menjadi penyanyi.

"Saya sedih tapi gembira selepas dapat melihat semula wajah isteri saya. Insya-Allah, saya tak akan berhenti dan akan bawa benda baru dalam dunia seni muzik tempatan. Kalau diberi peluang, saya nak jadi artis pertama yang menyanyi dan menghibur peminat secara online. Selain menyanyi, saya juga menyimpan impian untuk menjadi penyampai radio streaming," ujar Sidi penuh semangat.
Jangan Tak Lihat


Berdasarkan pandangan dari Sidi, penulis terlintas pula mungkinkah muzik online ini boleh berkembang dan memonopoli industri seni hiburan tempatan seperti yang berlaku sekarang dimana muzik indie menjadi pilihan generasi baru.

Menyentuh pengalamannya dalam AF7, Sidi mengakui inilah peluang yang terbaik baginya untuk kembangkan lagi sayap sebagai anak seni. Oleh itu, Sidi masih mengharapkan agar cikgu-cikgu dalam akademi tidak akan pernah jemu mengajarnya kerana pendedahan yang diberikan amat berkualiti.

"Saya tak sangka terlalu banyak persepsi orang terhadap saya. Namun, saya tak boleh nak tutup mulut mereka. Ini semua hak individu. Tiada sebab untuk saya marah atau hukum mereka kalau ia hanya omong kosong dan tidak benar. Kebetulan pula akademi telah banyak ajar saya untuk menghadapi pelbagai tekanan," katanya.

Mengulas tentang pendapatnya terhadap transformasi AF, Sidi ada idea tersendiri melalui isi kandungan yang boleh diserapkan dalam diari.

"Saya rasa alangkah baiknya jika cara surat wasiat pelajar yang tersingkir diubah pendekatannya. Kan bagus kalau wasiat itu dibuat dengan direkod video atau suara. Jadi, pelajar yang mendengar atau menonton wasiat tersebut lebih terasa," tambahnya lagi.


Menarik tentang Sidi

* Selain penyanyi, Sidi juga intai peluang jadi pelakon, pengacaraan atau penyampai radio.
* Bercita-cita mahu lancarkan album secara online.
* Mengaku Qhaud adalah teman baiknya dalam akademi.
* Mahu berjumpa Nabil dan jadi hebat sepertinya.
* Selain menyanyi, Sidi juga boleh mencipta lagu sendiri.
* Belum merancang untuk ada anak tetapi kalau ada rezeki Sidi tidak menolak.
* Selain tahu selok belok dunia IT, Sidi pakar bermain rUBIx cuBe


Era TV

erm...abang sidi jadi Jemputan ERA tV..
siap nyanyi lagu ciptaan sndiri...
BEst.menusuk kalbuku..hehehhe...
jom Kite dengar celoteh Abang Sidi ngn Nana ni..hehehhe





Monday, April 13, 2009




KONSERT TERAKHIR DALAM AF7 DARI ABG SIDI..
SOB**sOB**SOb**
TP TKPE ..
ABG SIDI DAH BUAT YANG TERBAIK..
DAN PERSEMBAHAN YANG AGAK MENARIK.
PENAMPILAN YG SEKSI[ADIBAH N0R YG CAKAP]
HEHEHEHEHE..
APE2 PUN..ABG SIDI THE BESTTTTTTT..
LUV U..



SIDI TERSINGKIR



Sidi Tersingkir
Setelah terselamat daripada beberapa siri penyingkiran, minggu kelima menjadi pentas terakhir buat Sidi apabila dia menjadi pelajar seterusnya yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia 7 apabila diumumkan tersingkir setelah mendapat undian terendah seperti yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Sidi atau nama sebenarnya Mohd Rashidi bin Mohamad Isa, 27 berpasangan dengan Zahid menerusi lagu Cinta Yang Sempurna nyanyian asal 6ixth Sense & Noe Letto. Namun, persembahan itu mendapat komen yang sederhana daripada pengkritik tetap, Edrie Hashim dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan penyanyi Adibah Noor. Walaupun ada sedikit peningkatan, namun dia dikatakan masih jauh daripada kualiti seorang juara










SIDI & Zahid - Cinta Yang Sempurna
Rating : *
Aduh! Merasalah sakit telinga.
Aku sebenarnya kesian kat Sidi, because this is definitely not an easy song to sing. Ko bagi la sapa pon lagu nih nak carry off, and you'll find out just how difficult it is.
And because tak kena ngan range dia, Zahid had to take much of the higher bits, which immediately opened up the floodgates for Sidi to be overshadowed.
Like I said earlier, it's not easy for anyone to duet with Vince and Zahid as they are so strong in so many ways that you just can't look good enough if you have any other issues to deal with. And it didn't help cause Zahid appeared to have his own issues too.
And bab Sidi nih, honestly I think he could have improved faster, tapi sebenarnya dia showed up short on AFUNDI simply because he had it worse with the song.




 

Sample text

Sample Text

Sample Text

Assalamualaikum.

Kepada semua peminat-peminat SIDI dan juga penyokong-penyokong SIDI FC, saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog SIDI FC dan juga ke dalam keluarga SIDI FC. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang setia menyokong SIDI FC dan juga kerjaya beliau mengharungi hari-hari beliau sebagai seorang seniman.

Di sini saya ingin memberitahu kepada semua bahawa SIDI FC sedang mencorak satu bentuk komuniti agar semua ahli-ahli akan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Justeru itu kami sedang menyusun beberapa rancangan mengadakan aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi khas buat semua penyokong-penyokong SIDI FC.

Saya juga amat mengalu-alukan idea-idea mahupun cadangan dari semua agar dapat kami simpulkan bagi memenuhi kepuasan semua pihak. Di harap dengan adanya cadangan-cadangan dari anda semua dapat mengukuhkan lagi SIDI FC ini.

Akhir kata dari saya, semoga SIDI FC akan menjadi pemangkin kepada kejayaan beliau sendiri sebagai seorang anak seni di negara ini disamping dapat mencorakkan lagi industri muzik di tanah air.

Wassalam.

President SIDI FC

P/S: KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN KEPADA SEMUA UNTUK MENGHANTARKAN EMAIL RASMI KEPADA -
sidi.af7fc@yahoo.com UNTUK MENG'EMAIL'KAN BUTIRAN-BUTIRAN ANDA [NAMA,ALAMAT,NO-TEL,DAN TARIKH LAHIR,] AGAR MUDAH KAMI MENGHUBUNGI SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG AKTIVITI KEPADA YANG BERMINAT..tHANk U..