Social Icons

Pages

Friday, April 24, 2009

SIDI POPULAR SEBAGAI PENYANYI ONLINE


KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2009: Semangat Mohd Rashidi Mohamad Isa atau Sidi terus kental walaupun dia tidak berjaya meneruskan perjuangan untuk bergelar juara Akademi Fantasia 7 (AF7).

Malah, Sidi yang lebih popular di alam maya menerusi namanya Muk_Killax akan terus menjadi penghibur di laman sesawang kerana ia dianggap sebagai medium baru untuk memperoleh pendapatan.

Ketika ditemui sewaktu lawatannya ke pejabat murai.com.my, baru-baru ini Sidi berkata kekecewaan sebagai pelajar AF7 tidak akan menghalangnya untuk menjadi penyanyi.

"Saya sedih tapi gembira selepas dapat melihat semula wajah isteri saya. Insya-Allah, saya tak akan berhenti dan akan bawa benda baru dalam dunia seni muzik tempatan. Kalau diberi peluang, saya nak jadi artis pertama yang menyanyi dan menghibur peminat secara online. Selain menyanyi, saya juga menyimpan impian untuk menjadi penyampai radio streaming," ujar Sidi penuh semangat.
Jangan Tak Lihat


Berdasarkan pandangan dari Sidi, penulis terlintas pula mungkinkah muzik online ini boleh berkembang dan memonopoli industri seni hiburan tempatan seperti yang berlaku sekarang dimana muzik indie menjadi pilihan generasi baru.

Menyentuh pengalamannya dalam AF7, Sidi mengakui inilah peluang yang terbaik baginya untuk kembangkan lagi sayap sebagai anak seni. Oleh itu, Sidi masih mengharapkan agar cikgu-cikgu dalam akademi tidak akan pernah jemu mengajarnya kerana pendedahan yang diberikan amat berkualiti.

"Saya tak sangka terlalu banyak persepsi orang terhadap saya. Namun, saya tak boleh nak tutup mulut mereka. Ini semua hak individu. Tiada sebab untuk saya marah atau hukum mereka kalau ia hanya omong kosong dan tidak benar. Kebetulan pula akademi telah banyak ajar saya untuk menghadapi pelbagai tekanan," katanya.

Mengulas tentang pendapatnya terhadap transformasi AF, Sidi ada idea tersendiri melalui isi kandungan yang boleh diserapkan dalam diari.

"Saya rasa alangkah baiknya jika cara surat wasiat pelajar yang tersingkir diubah pendekatannya. Kan bagus kalau wasiat itu dibuat dengan direkod video atau suara. Jadi, pelajar yang mendengar atau menonton wasiat tersebut lebih terasa," tambahnya lagi.


Menarik tentang Sidi

* Selain penyanyi, Sidi juga intai peluang jadi pelakon, pengacaraan atau penyampai radio.
* Bercita-cita mahu lancarkan album secara online.
* Mengaku Qhaud adalah teman baiknya dalam akademi.
* Mahu berjumpa Nabil dan jadi hebat sepertinya.
* Selain menyanyi, Sidi juga boleh mencipta lagu sendiri.
* Belum merancang untuk ada anak tetapi kalau ada rezeki Sidi tidak menolak.
* Selain tahu selok belok dunia IT, Sidi pakar bermain rUBIx cuBe


3 comments:

  1. populer kerrr..tak kenal pong..

    ReplyDelete
  2. tak kenal udah..hehehe..ko online kat mana..mirc ke?..hahahahah

    ReplyDelete
  3. ape ni korang.. komen la dengan membina.. ni poyo aje komen mcm hampagas.. ape la.. mcm ni ke etika korang sebagai orang melayu dan rakyat malaysia? buka minda la sket dan jgn jadi mcm org yg tak matang...

    to sidi a.k.a muk, good luck in ur life.. aku sapot ko muk.. lepas konsert tak dapat jumpa ko aritu.. hurm lain kali aje la...

    ReplyDelete

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

Assalamualaikum.

Kepada semua peminat-peminat SIDI dan juga penyokong-penyokong SIDI FC, saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog SIDI FC dan juga ke dalam keluarga SIDI FC. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang setia menyokong SIDI FC dan juga kerjaya beliau mengharungi hari-hari beliau sebagai seorang seniman.

Di sini saya ingin memberitahu kepada semua bahawa SIDI FC sedang mencorak satu bentuk komuniti agar semua ahli-ahli akan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Justeru itu kami sedang menyusun beberapa rancangan mengadakan aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi khas buat semua penyokong-penyokong SIDI FC.

Saya juga amat mengalu-alukan idea-idea mahupun cadangan dari semua agar dapat kami simpulkan bagi memenuhi kepuasan semua pihak. Di harap dengan adanya cadangan-cadangan dari anda semua dapat mengukuhkan lagi SIDI FC ini.

Akhir kata dari saya, semoga SIDI FC akan menjadi pemangkin kepada kejayaan beliau sendiri sebagai seorang anak seni di negara ini disamping dapat mencorakkan lagi industri muzik di tanah air.

Wassalam.

President SIDI FC

P/S: KAMI AMAT MENGALU-ALUKAN KEPADA SEMUA UNTUK MENGHANTARKAN EMAIL RASMI KEPADA -
sidi.af7fc@yahoo.com UNTUK MENG'EMAIL'KAN BUTIRAN-BUTIRAN ANDA [NAMA,ALAMAT,NO-TEL,DAN TARIKH LAHIR,] AGAR MUDAH KAMI MENGHUBUNGI SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG AKTIVITI KEPADA YANG BERMINAT..tHANk U..